Saturday 20 October 2012

Sains Tidak Pernah TERPUTUS dengan Al-Quran







AL-QURAN memperjelas fenomena-fenomena sains dan fizik, jauh sebelum sebarang penemuan mengenainya berlaku di Barat - quote 

Adakah agama dan sains terpisah? Atau perlukah kedua-duanya dipisahkan, seperti yang dilakukan oleh Barat?

Debat mengenai hal tersebut dan hujah kumpulan masing-masing tentang keserasian ataupun pertentangan sains dan agama tidak kunjung padam sejak berabad lalu. Mutakhir pertentangan pendapat ini menjadi lebih akut. Dua tahun lalu, kedengaran bising-bising dari kalangan tertentu terhadap sebuah buku teks untuk mata pelajaran sains terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang direncana mahu digunakan pada 2009.  Kemarahan mereka berpunca dari ayat ‘all living things are created by God‘.  

Marah-marah dan lambungan suara menjadi lebih nyaring, lalu terpancutlah kata-kata kesat yang berbunyi: ‘religion has no place in the teaching of science’. Kesannya, satu mesyuarat khas diadakan oleh pihak DBP untuk mengkaji semula isi kandungan buku tersebut.  Sehingga kini saya tidak tahu apa pendirian DBP dan apa pula keputusan yang diambil terhadap isu tersebut. Semuanya sudah dibungkus kesepian. 

Barat sudah lama memisahkan ‘sains dan agama’.  Kononnya sains adalah empiris (berdasarkan pemerhatian atau eksperimen) dan boleh disukat dan dikira, sedangkan ‘agama’, tidak. Ada juga kalangan intelektual songsang yang berpendapat agama-agama samawi juga pembohongan, dan bikinan manusia belaka. Komunisme juga pernah melabelkan agama sebagai candu yang mengkhayalkan.                                                                           

Justeru, haruskah kita menuruti jejak langkah mereka, dan bertindak mengikuti nafiri nihilis (nihilis - fahaman yang menolak semua nilai dan kepercayaan yang ada) yang mereka tiupkan?

Yang bising-bising ini siapa sebenarnya? Adakah dengan mengatakan bahawa semua yang bernyawa adalah ciptaan Tuhan itu bercanggah dengan sains?  Dan apa pula alasannya?

Sudah pastilah saya cuba mendekati masalah ini dari sudut pandangan seorang Islam.  Dalam pada masa yang sama tentulah pengarang-pengarang yang mengemukakan manuskrip cadangan kepada DBP untuk teks pengajaran sains telah mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Ia selaras dengan roh Perlembagaan Persekutuan, dan tidak merupakan tokok-tambah kepada klausa-klausa yang sedia ada. Barangkali ada ‘tangan-tangan hitam’ yang menyembunyikan belati di dalam gelap dengan tujuan melemahkan keluhuran perlembagaan.          

                                                                                                                        

No comments:

Post a Comment