Saturday 27 October 2012

Gemersik Azan

Assalamualaikum kepada pembaca Blog Badar
Penulis ingin share something ya sering berlaku setiap hari iaitu AZAN..


AZAN merupakan lafaz-lafaz yang dialunkan bagi menyeru umat Islam mengerjakan solat.Dalam sehari kita akan mendengar alunan gemersik azan berkumandang sebanyak lima kali,menandakan masuknya waktu solat.Maka sudah menjadi kewajipan umat Islam,untuk memberi respons pada lafaz ini,dengan bersegera menunaikan solat.

Baginda s.a.w bersabda,"Apabila tiba waktu sembahyang,hendaklah salah seorang di antara kamu melakukan azan ,dan yang lebih tua dari kamu menjadi iman."(HR Bukhari & Muslim)

Syarat Melaungkan AZAN
Bagi seseorang yang ingin melaungkan azan,beberapa syarat perlu dipatuhi antaranya:
  • Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Arab,sama sepertimana kita mengerjakan solat.
  • Mestilah dilakukannoleh seorang sahaja ,yang merupakan lelaki Muslim dan berakal,di mukminnya.
  • Hendaklah menggunakan suara yang kuat dan nyaring,biarpun hanya didengari oleh seorang sahaja.

Sunat Melaungkan AZAN
  • Berada dalam keadaan suci dari hadas besar atau kecil.
  • Berdiri menghadap kiblat,kecuali uzur maka boleh duduk.
  • Dilaungkan di tempat yang tinggi,kecuali adanya pembesar suara.
  • Memasukkan anak jarinya ke dalam kedua telingnya.
  • Apabila sampai pada lafaz'hayya a'las solah' maka muazzin hendaklah menghadapkan muka,dan dadanya ke sebelah kanan.Manakala ketika lafaz 'hayya a'lal falah' pula,muazzin perlu menghadapkan muka dan dada ke sebelah kiri.
Itu sedikit info tentang AZAN..

Wasalam=)

No comments:

Post a Comment