Saturday 27 October 2012

Gemersik Azan

Assalamualaikum kepada pembaca Blog Badar
Penulis ingin share something ya sering berlaku setiap hari iaitu AZAN..


AZAN merupakan lafaz-lafaz yang dialunkan bagi menyeru umat Islam mengerjakan solat.Dalam sehari kita akan mendengar alunan gemersik azan berkumandang sebanyak lima kali,menandakan masuknya waktu solat.Maka sudah menjadi kewajipan umat Islam,untuk memberi respons pada lafaz ini,dengan bersegera menunaikan solat.

Baginda s.a.w bersabda,"Apabila tiba waktu sembahyang,hendaklah salah seorang di antara kamu melakukan azan ,dan yang lebih tua dari kamu menjadi iman."(HR Bukhari & Muslim)

Syarat Melaungkan AZAN
Bagi seseorang yang ingin melaungkan azan,beberapa syarat perlu dipatuhi antaranya:
  • Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Arab,sama sepertimana kita mengerjakan solat.
  • Mestilah dilakukannoleh seorang sahaja ,yang merupakan lelaki Muslim dan berakal,di mukminnya.
  • Hendaklah menggunakan suara yang kuat dan nyaring,biarpun hanya didengari oleh seorang sahaja.

Sunat Melaungkan AZAN
  • Berada dalam keadaan suci dari hadas besar atau kecil.
  • Berdiri menghadap kiblat,kecuali uzur maka boleh duduk.
  • Dilaungkan di tempat yang tinggi,kecuali adanya pembesar suara.
  • Memasukkan anak jarinya ke dalam kedua telingnya.
  • Apabila sampai pada lafaz'hayya a'las solah' maka muazzin hendaklah menghadapkan muka,dan dadanya ke sebelah kanan.Manakala ketika lafaz 'hayya a'lal falah' pula,muazzin perlu menghadapkan muka dan dada ke sebelah kiri.
Itu sedikit info tentang AZAN..

Wasalam=)

Friday 26 October 2012

Malam Apresasi Asrama

Assalamualaikum kepada pembaca blog kami,
Badar telah menghasil sesuatu yang istimewa untuk tayangang malam itu....
  MALAM ANUGERAH ASRAMA SMKAMi berlangsung bagi mengiktiraf pelajar asrama yang cemerlang dalam setiap aspek kecemerlangan pelajar. Tahniah kepada warden yang bertungkus lumus menjayakan majlis yang gemilang ini. T kasih kepada JPN Sarawak atas kesudian merasmikan majlis ini khususnya kpd En. Selamat Makosen dan wakil KS SPI, Ust Zaini Hasbollah.


  
Badar Smkami mempunyai biro-biro yang menghasilkan multimedia yang menarik..
Anda boleh menonton hasil ciptaan Badar SMKAMi production..
Hasil kerjasama pelbagai pihak ingin mencapai satu matlamat..
  
Dengan warden-warden yang bersungguh-sungguh..







Setinggi-tinggi terima kasih;;

Wasalam=)

Kembara Daie2012

Assalamualaikum ..
kepada pembaca yang dirahmati ALLAH=)
  Tahun ini Badar SMKAMi telah mengadakan suatu 
pengembaraan ke setiap sekolah-sekolah agama di Sarawak.
 Program in dikenali sebagai Kembara Daie..

Antara snapshot menarik semasa Kembara Daie 2012___



Taklimat Pengetua sebelum Kembara bermula==


Taklimat Ringkas semasa Kembara..




TUNAZ










SMKA MATANG







Inilah antara gambar-gambar Kembara Daie yang berlangsung pada tahun 2012..
 Ingin mengetahui lebih lanjut aktiviti badar bakal kami lakukan..
Ikuti kami di badar-smkami.blogspot.com

Wasalam=)








Bijak Solat

Assalamualaikum kepada pembaca yang dikasihi,
 Tajuk ini adalah perkara wajib bagi umat Islam iaitu:---
SOLAT=)

Aktiviti BADAR SMKAMi telah mengadakan satu prongram iaitu:---
Bijak Solat

Inilah antara snapshot semasa program itu berlangsung:--













Bijak Solat ini diadakan untuk pelajar tingkatan 1 tahun 2012..

Pengertian Solat
Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.
Dari segi syara‘, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan
yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan
syarat-syarat tertentu.
Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.
Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun
fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali
sebagai rukun qalbiyy. 

Waktu Solat
Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:
“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (iaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”

Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:
1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.

2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.
3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.

4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.

5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.


 Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan..

Wasalam=)



Thursday 25 October 2012

Aktiviti Badar Tahun 2012

Intro===
Untuk mengetahuai aktivi badar SMKAMi tahun 2012..
Terdapat gambar-gambar aktiviti badar:


Antaranya ialah:---
Program Bersama Aqsa Al-Syarif

Sambutan Ihya'Ramadhan



SMKAMi love Palestin


Surau Darul Mukmin Kpg Riam



Surau al-Ummah Tudan Fasa 4..


Inilah antara aktiviti badar 2012 tahun ini.
Banyak lagi aktiviti kami lakukan.
Ingin lebih lanjut tentang Badar SMKAMi..
Ikutilah blog kami=)


Saturday 20 October 2012

Sains Tidak Pernah TERPUTUS dengan Al-Quran







AL-QURAN memperjelas fenomena-fenomena sains dan fizik, jauh sebelum sebarang penemuan mengenainya berlaku di Barat - quote 

Adakah agama dan sains terpisah? Atau perlukah kedua-duanya dipisahkan, seperti yang dilakukan oleh Barat?

Debat mengenai hal tersebut dan hujah kumpulan masing-masing tentang keserasian ataupun pertentangan sains dan agama tidak kunjung padam sejak berabad lalu. Mutakhir pertentangan pendapat ini menjadi lebih akut. Dua tahun lalu, kedengaran bising-bising dari kalangan tertentu terhadap sebuah buku teks untuk mata pelajaran sains terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang direncana mahu digunakan pada 2009.  Kemarahan mereka berpunca dari ayat ‘all living things are created by God‘.  

Marah-marah dan lambungan suara menjadi lebih nyaring, lalu terpancutlah kata-kata kesat yang berbunyi: ‘religion has no place in the teaching of science’. Kesannya, satu mesyuarat khas diadakan oleh pihak DBP untuk mengkaji semula isi kandungan buku tersebut.  Sehingga kini saya tidak tahu apa pendirian DBP dan apa pula keputusan yang diambil terhadap isu tersebut. Semuanya sudah dibungkus kesepian. 

Barat sudah lama memisahkan ‘sains dan agama’.  Kononnya sains adalah empiris (berdasarkan pemerhatian atau eksperimen) dan boleh disukat dan dikira, sedangkan ‘agama’, tidak. Ada juga kalangan intelektual songsang yang berpendapat agama-agama samawi juga pembohongan, dan bikinan manusia belaka. Komunisme juga pernah melabelkan agama sebagai candu yang mengkhayalkan.                                                                           

Justeru, haruskah kita menuruti jejak langkah mereka, dan bertindak mengikuti nafiri nihilis (nihilis - fahaman yang menolak semua nilai dan kepercayaan yang ada) yang mereka tiupkan?

Yang bising-bising ini siapa sebenarnya? Adakah dengan mengatakan bahawa semua yang bernyawa adalah ciptaan Tuhan itu bercanggah dengan sains?  Dan apa pula alasannya?

Sudah pastilah saya cuba mendekati masalah ini dari sudut pandangan seorang Islam.  Dalam pada masa yang sama tentulah pengarang-pengarang yang mengemukakan manuskrip cadangan kepada DBP untuk teks pengajaran sains telah mengambil kira kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini. Ia selaras dengan roh Perlembagaan Persekutuan, dan tidak merupakan tokok-tambah kepada klausa-klausa yang sedia ada. Barangkali ada ‘tangan-tangan hitam’ yang menyembunyikan belati di dalam gelap dengan tujuan melemahkan keluhuran perlembagaan.          

                                                                                                                        

Taubat & Istigfar Kunci REZEKI,




DALAM kita dituntut mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup ini, tidak kurang sebahagian daripada kaum Muslimin memandang bahawa berpegang dengan Islam akan mengurangi rezeki mereka.

Kemudian tidak hanya sebatas itu, bahkan lebih parah dan menyedihkan bahawa ada sejumlah orang yang masih mahu menjaga sebahagian kewajipan syariat Islam tetapi mengira bahawa jika ingin mendapatkan kemudahan di bidang kebendaan dan kemapanan ekonomi hendaknya menutup mata daripada hukum-hakam Islam, terutama yang berkenaan dengan hukum halal dan haram.


Mereka itu lupa atau berpura-pura lupa bahawa Allah s.w.t mensyariatkan agama-Nya bukan hanya sebagai petunjuk bagi umat manusia dalam perkara-perkara kebahagiaan di akhirat saja. Allah s.w.t juga mensyariatkan agama ini juga untuk mengajar  manusia dalam urusan kehidupan dan kebahagiaan mereka di dunia.

Di antara sebab terpenting diturunkannya rezeki adalah istighfar (memohon ampun) dan taubat kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfriman tentang Nabi Nuh a.s yang berkata kepada kaumnya:

“Maka aku katakana kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh: 10-12)

Apa yang dimaksudkan dengan istighfar dan taubat di sini bukan hanya sekadar diucapkan pada lisan sahaja, tidak membekas di dalam hati sama sekali, bahkan tidak berpengaruh dalam perbuatan anggota badan.

Sebaliknya, apa yang dimaksudkan  dengan istighfar dan taubat di sini adalah sebagaimana dijelaskan oleh Imam ar-Raghib al-Asfahani, iaitu “memohon ampun dengan disertai ucapan  dan perbuatan dan bukan sekadar lisan semata-mata.”










Friday 5 October 2012

Muqadimah

Assalamualaikum.
Kini bermula satu matlamat Badar SMKAMi
Menceritakan tentang aktiviti dakwah dan rohani.
Ingin mengetahuai apa yang kami lakukan?
Follow kami  di [badar-smkami.blogspot.com]
 Islam is the way of LIFE.