Friday 13 September 2013

Anda takut hendak bercerita perkara yang benar. Ini tip untuk anda.

Anda takut hendak bercerita perkara yang benar. Ini tip untuk anda.
Bismillahir Al-Rahman Al-Rahim. Wa bihi Nasta’in. La haula wa laa quuwata illa billaah. Rabishrahli Sadri. Wa yasirli Amri. Wahlul ‘Uqdatam milisani. Yafqahu qauli.

Siapa diantara kita di sini yang terasa amat payah untuk berucap di khalayak ramai? Mugkin ramai juga antara kita yang takut dan ada beberapa orang seperti guru sekolah yang rasa ini adalah perkara biasa. Bagi yang tidak biasa, di sini saya ada tip untuk anda.

Kita berasa amat takut untuk berjumpa dengan orang lebih-lebih lagi apabila berjumpa itu dengan orang yang amat besar pangkatnya. Apatah lagi kita jumpa itu untuk pasal hendak mencerita pasal amanah saham, kebaikan dan kelebihannya apabila melabur dengan kita.

Adalah menjadi perkara biasa untuk kita berasa takut untuk berjumpa pula dengan orang yang lebih berkuasa dan lebih berpangkat. Untuk ini kita diajarkan supaya menjadi berani. Pertama kita mesti ada sesuatu yang benar untuk disembahkan dan kedua kita kena berdoa.

Ingat dua perkara penting di sini.
1)      Kita kena ada perkara yang hendak sampaikan. Kita perlu sampaikan dengan baik dan sempurna dan dengan benar dan
2)      Kita perlu berdoa sebagai orang Islam. Berdoa itu senjata kita orang mukmin. Kita tidak hanya percaya pada diri sendiri, tetapi kita berdoa kepada Allah yang mengurniakan dengan apa yang hendak dikurniakanNya,

Doa yang saya baca tadi iaitu “Rabishrahli Sadri. Wa yasirli Amri. Wahlul ‘Uqdatam milisani. Yafqahu qauli” adalah doa Nabi Musa yang saya ambil dari Surah Taha ayat 20:25-28.

Dalam Surah Taha, Allah berfirman kepada Nabi Musa tentang mukjizat-mukjizat yang Allah berikan kepada Nabi Musa. Allah memberikan mukjizat kepada Nabi Musa sebagai sesuatu yang benar yang datangnya dari Allah.

Kita lihat sebahgian dari surah Taha.

Allah berfirman yang bermaksud


"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
(Taha 20:17)

Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".(Taha 20:18)

Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!" (Taha 20:19)

Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.(Taha 20:20)


Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.(Taha 20:21)


"Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain.(Taha 20:22)

"(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar.(Taha 20:23)
 
"Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas".(Taha 20:24)

Dalam ayay-ayat di atas, Allah memang banyak memberi kita nikmat seperti dalam cerita Nabi Musa, diberinya satu mukjizat yang besar untuk dia berjumpa dengan firaun dan berjumpa dengan segala macam tukang sihir. Sudah tentu mukjizat itu lebih besar dari ilmu-ilmu sihir yang ada.

Sekiranya anda mempunyai mukjizat seperti itu, belum pasti anda akan pergi menghadap firaun. Mungkin anda akan rasa takut. Di sini juga juga ada diceritakan mengenai adap untuk berselisih pendapat yang saya tidak ceritakan di sini.

Bukan saya mengecilkan kelebihan nabi yang ulul azmi, Nabi Musa adalah seorang yang gagap. Tiga perenggan di bawah ini saya ambil dari http://takusahrisau.wordpress.com/2011/04/05/benarkah-nabi-musa-as-gagap/

Sewaktu kecil, Musa as pernah mendiami istana Firaun laknatullah. Dalam satu peristiwa, Musa as yang kectika itu baru sahaja pandai merangkak telah diuji oleh Firaun. Ini adalah detik musibah kepada Musa as yang memberi kesan kepada lidahnya kemudian hari.

Dalam ujian itu, Firaun telah menguji Musa as dengan memberi pilihan kepada baginda antara kurma dan bara api. Pada mulanya, Musa as telah memilih kurma tetapi telah ditepis oleh Jibrail as. Ia menyebabkan Musa as mengambil bara untuk diletakkan di mulutnya. Akibatnya, Musa as meraung dan lidahnya melecur teruk dan apabila dewasa, Musa as tidak dapat mengucap sesuatu perkataan dengan elok dan sering tergagap-gagap.

Ujian daripada Firaun laknatullah itu adalah untuk menguji sama ada Musa as yang adalah seorang pembinasa kerajaannya kemudian hari atau seorang kanak-kanak biasa. Umum mengetahui bahawa Firaun telahpun bermimpi tentang seorang kanak-kanak akan muncul di kerajaannya untuk meruntuhkan empayar di bawah kekuasaannya. Dek kerana mimpi itu juga, semua bayi yang baru dilahirkan telah dibunuh dengan kejam dan Musa as adalah kanak-kanak yang bertuah kerana terselamat daripada kekejaman Firaun.

Jadi orang yang membaca ayat doa tadi, bukan sahaja boleh menjadi seseorang yang gagap supaya boleh bercakap dengan baik tetapi juga mengampaikan hujah-hujah supaya orang-orang mendengar dan dipermudahkan segala urusan dan dilapang dada.

Saya tulis balik doa tadi dan saya berikan makna terjemahannya dari http://www.surah.my

Allah berfirman,

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;
(Taha 20:25)

"Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;
(Taha 20:26)

"Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,
(Taha 20:27)

"Supaya mereka faham perkataanku;
(Taha 20:28)

Baru semalam saya mendengar seorang rakan membaca doa tersebut dan berkata dia tidak tahu apa hendak diceritakan tetapi dia telah bertahun-tahun diminta bercakap. Mula-mula disangka tidak boleh bercakap sebab duduk di pejabat pun jarang jumpa orang tetapi bila sampai waktunya dia bercakap dia boleh pulak bercakap.

Pasal apa dia boleh berucap? “Bukankah Doa Nabi Musa Tu” saya berfikir. Ia tidak semestinya berkesan pada kali pertama tetapi jika diteruskan menjadi amalan harian kita akan lihat kesannya.

Saya sendiri memang jauh dari rakan saya tadi bila pasal berucap, apabila berucap saya tidak tahu apa yang hendak dicakap. Apabila suruh juga saya bercakap, saya bercakap lah jugak. Syukur Alhamdu lillah ada doa dari Nabi Musa yang cukup bagi saya cukup mujarab.

Jadi kita, sebagai bakal-bakal Konsultan Unit Amanah, anda tidak perlu takut kerana anda bukan buat kerja seorang-seorang tetapi dalam pasukan. Anda sekarang bolehlah membaca doa Nabi Musa a.s. untuk menjadi lebih terserlah dalam bidang pelaburan ini.

Konsultan unit amanah perlu sentiasa kemas kini, apa yang anda belajar mengenai dua sub kitaran hayat ekonomi itu benar dari hati saya, dan amatlah sukar untuk menyakinkan orang tentang keadaan gawat yang menakutkan. Untuk itu anda perlu mengambil keuntungan masa rezeki kita sedang meningkat seperti zaman sekarang ini dan memberitahu pelanggan anda masa yang tidak patut untuk melabur dalam ekuiti. Seperti  namanya, ia adalah konsep yang diambil yang perbagai sumber yang mencadangkan bahawa ada satu kitaran yang rancak diikuti oleh kitaran yang gawat yang melampau yang akan menutup kitaran pertama. Kemudiannya akan ada kitaran yang kedua yang bersifat sederhana.


Hubungi cekapsaham@yahoo.com bagi mereka yang berminat menjadi konsultan unit trust.
Dzulfariz Azman.

No comments:

Post a Comment