Monday 1 April 2013

Sejarah April Fool


Setiap kali masuknya bulan April kita akan mendengar akan ada anak muda di luar sana hatta kawan-kawan kita sendiri yang merayakan satu perayaan yang mungkin biasa bagi kita iaitu April Fool. Satu sambutan yang dilakukan dengan membenarkan penipuan dan pembohongan dilakukan kepada sesiapa sahaja atas alasan dan tujuan untuk berhibur dan bergurau senda. Mereka sewenang-wenangnya menipu atau mengenakan kawan-kawan, saudara-mara, hatta adik beradik sendiri dengan kejutan-kejutan dan perkara-perkara pelik yang akhirnya seolah-olah menjadi kepuasan mereka bersama. Persoalannya, sejauh mana anak-anak muda kita faham mengenai perayaan April Fool yang mereka sambut itu atau adakah mereka sekadar terikut-ikut budaya yang cuba diserapkan ke dalam jiwa mereka masa kini.

Sekadar ikut-ikutan

Anak-anak muda kita perlu sedar bahawa setiap perkara yang mereka lakukan mestilah diketahui kebenaran perkara tersebut, adakah baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya dan jangan sesekali meniru sesuatu budaya sesuka hati. April Fool sebenarnya ia adalah satu memori hitam bagi umat Islam. Sejarah pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Granada, Sepanyol yang dilakukan oleh tentera Salib dengan cara penipuan dan pembohongan. Oleh sebab itu, masyarakat Kristian meraikan perayaan ini setiap kali menjelangnya 1 April dengan menghalalkan penipuan dan memperbodoh sesiapa sahaja yang mereka suka walaupun tujuan mereka untuk sekadar hiburan atau gurauan.

Sejarah April Fool

Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H. Sejak dibebaskan oleh Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.

Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh ke tangan Islam. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.

Mengamalkan Islam sepenuhnya

Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan seharian mereka dengan cara Islam. Mereka bukan  sahaja membaca Al-Qur’an, namun mengamalkan tingkah-laku mereka benar-benar berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun usaha mereka sentiasa menemui kegagalan. Maka dihantarnya  sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.

Kelemahan kita

Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, iaitu pertamanya dengan melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.

Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha  ini telah membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan  dikuasai pasukan Salib. Serangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil dan juga orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh ke tangan pasukan Salib.

Benteng terakhir, Granada

Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Salib terus menerus mengejar mereka. Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah dan tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.

Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa  orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan Salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.

Pembunuhan kejam yang menyedihkan



Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan menjilat-jilat ke angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari kaum perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera Salib telah mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara Salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal  April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia Kristian setiap kali menjelangnya 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, mereka dibolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain.

Bagi umat Kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas pembunuhan ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera Salib dengan cara-cara penipuan. Dan bagi umat Islam pula, April Fool adalah suatu tragedi yang menyedihkan dan memilukan dengan pembunuhan saudara mara kita di Sepanyol suatu ketika dahulu.

Adakah wajar menyambutnya?

Secara logiknya adakah wajar kita menyambut hari pembunuhan umat Islam dengan alasan bergurau senda ataupun dengan tujuan hiburan semata? Di mana perginya nilai kasih sayang dalam diri kita sesama saudara seaqidah dengan kita. Jangan terikut-ikut suatu budaya jika kita tidak tahu kebaikan atau keburukkannya. Sedarilah, musuh-musuh Islam sangat bijak percaturan mereka untuk melemahkan dan menghancurkan kita dari pelbagai sudut dan perkara. Budaya menyambut April Fool inilah salah satu daripada kejayaan mereka. Berjaya membuatkan umat Islam itu lalai, leka, lemah dan mudah terpengaruh. Mudah untuk diserapkan budaya-budaya yang merosakkan nilai keIslaman mereka sendiri terutamanya golongan belia dan muda-mudi Islam yang akhirnya menjadikan umat Islam itu tidak mempunyai agenda dalam kehidupan mereka. Mudah untuk ditundukkan dan dicucuk hidung.

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

Ayuh bangkit anak-anak muda, belia-belia Islamku sekalian. Masa depan Islam ada di tangan anda. Jangan biarkan diri anda terus menerus dilalaikan oleh musuh-musuh Islam yang sedaya upaya akan cuba melunturkan nilai keIslaman kalian. Bangun dan kumpulkan segala kekuatan dan potensi dirimu. Persiapkan dirimu membela kembali agama Allah yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment